Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- OPERASI BERSEPADU JAS-MBPG, KILANG HARAM GANGGU PENDUDUK DITAHAN OPERASI
- Tahun
- 2023
- Tarikh Keluaran
- 25/01/2023
- Organisasi
- DOE Johor
- Lokasi
- Johor
Penerangan
PASIR GUDANG, 18 Januari 2023 - Sebuah kilang yang menjalankan aktiviti memproses minyak sawit keladak telah diarahkan memberhentikan operasi serta-merta dalam sebuah operasi bersepadu yang dijalankan oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor Cawangan Pasir Gudang bersama-sama dengan Majlis Bandaraya Pasir Gudang. Kilang yang beroperasi tanpa lesen perniagaan telah menyebabkan gangguan bau busuk kepada sebuah sekolah terhampir di Jalan Bandar.
Tindakan serta-merta diambil dengan mengenakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) di bawah Seksyen 38(1)(a) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 supaya pihak kilang menghentikan aktiviti yang menyebabkan pencemaran dan gangguan kepada persekitaran.