Penerangan
18 JANUARI 2023, GELANG PATAH , JOHOR : Berikutan aduan bau dan pencemaran sungai
yang kerap diterima oleh pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Johor di kawasan Gelang Patah , Johor . Satu siasatan susulan telah dilakukan oleh Jabatan bagi mencari punca berlakunya pencemaran tersebut. Rondaan dilakukan di sekitar kilang yang berpotensi melepaskan effluent tercemar ke dalam longkang awam.
Hasil siasatan di lapangan mendapati
pencemaran bau adalah berpunca daripada retention pond di Kawasan Perindustrian SILC dan juga terdapat 1 kilang yang disyaki melepaskan effluen berbau ke longkang awam.
Tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) terhadap premis telah dikenakan dan pihak kilang diarah mengambil tindakan pembaikan serta merta.
Pihak industri adalah diingatkan supaya sentiasa mematuhi sepenuhnya kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya serta memastikan sebarang pencemaran alam sekitar tidak berlaku yang boleh menjejaskan kesihatan awam.