Penerangan
18 Jan 2023, Johor Bahru– JAS Negeri Johor telah mengadakan Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 1/2023 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Pejabat Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor pada hari ini secara hibrid.
Dalam majlis tersebut, Pengarah JAS Negeri Johor, YBrs Dr Mohd Famey Bin Yusoff telah menyampaikan amanat tahun baru 2023 kepada seluruh staf Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor dan cawangan-cawangan.
Dalam majlis yang sama turut diraikan pegawai yang baru berpindah ke JAS Negeri Johor serta pegawai yang akan berpindah keluar ke agensi lain. Beliau turut menyampaikan penghargaan atas jasa dan sumbangan semasa berkhidmat di Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor kepada pegawai terbabit.