PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

PENGUATKUASAAN DAN PEMANTAUAN PENCEMARAN DI GELANG PATAH, JOHOR

DOE Johor 25/01/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PENGUATKUASAAN DAN PEMANTAUAN PENCEMARAN DI GELANG PATAH, JOHOR
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
25/01/2023
Organisasi
DOE Johor
Lokasi
Johor

Penerangan

Kawasan Perindustrian Nusa Cemerlang , Gelang Patah , Johor, 18 JANUARI 2023 : JAS Negeri Johor telah menjalankan penguatkuasaan dan pemantauan pencemaran daripada aktiviti perindustrian bagi memastikan pematuhan sepenuhnya terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya. Hasil penguatkuasaan dan pemantauan mendapati premis mematuhi peraturan yang berkaitan. Arahan dilapangan turut dikeluarkan supaya premis sentiasa mematuhi segala peraturan di bawah Akta kualiti Alam Sekeliling 1974. Premis juga diminta mengambil pendekatan yang proaktif untuk mengelakkan sebarang pencemaran daripada berlaku. Jabatan ingin menyeru kepada semua pihak agar tidak melakukan perbuatan yang menyumbang kepada pencemaran. JAS Negeri Johor berharap orang ramai dapat melaporkan kes-kes pencemaran kepada Jabatan Alam Sekitar di talian bebas tol :1-800-88-2727 atau melalui e-aduan di [email protected]

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan