PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Kes-kes Alam Sekitar|Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

SIASATAN BERSEPADU JABATAN ALAM SEKITAR BERSAMA-SAMA AGENSI PERSEKUTUAN DAN NEGERI

DOE Johor 25/01/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SIASATAN BERSEPADU JABATAN ALAM SEKITAR BERSAMA-SAMA AGENSI PERSEKUTUAN DAN NEGERI
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
25/01/2023
Organisasi
DOE Johor
Lokasi
Johor

Penerangan

SILC, Gelang Patah, Johor, 16 Januari 2023 : Berikutan aduan bau dan pencemaran sungai yang kerap diterima oleh pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Johor, satu siasatan lapangan secara bersepadu telah dijalankan melibatkan agensi Pejabat Daerah Johor Bahru, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), Pejabat Tanah & Daerah Johor Bahru, Jabatan Pengairan & Saliran (JPS), Penghulu Kampung Pulai dan wakil Pemaju SILC. Hasil siasatan di lapangan mendapati pencemaran adalah berpunca daripada retention pond di kawasan perindustrian SILC. Pemerhatian dan perbincangan lanjut telah memutuskan akan menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan kolam itu secara menyeluruh bagi memastikan aduan orang awam dapat diselesaikan. Semakan sektor di kawasan berhampiran juga telah dilakukan bagi memastikan tiada premis yang menjadi dalang dalam kejadian ini. Beberapa siri siasatan premis juga telah dijalankan.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan