Penerangan
GELANG PATAH, 15 Januari 2023 – JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI JOHOR telah menjalankan satu lawatan tapak EIA bagi cadangan projek yang tertakluk di bawah dua (2) aktiviti di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan)(Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 2015 iaitu aktiviti 7: Penebusgunaan Tanah dan aktiviti 15: Pengorekan
Lawatan tapak yang turut dihadiri oleh pihak perunding dan penggerak projek ini bertujuan untuk melihat alam sekitar sedia ada dan keadaan semasa tapak cadangan projek bagi tujuan verifikasi tapak dan pemprosesan laporan EIA.