Penerangan
JOHOR BAHRU, 5 Januari 2023: Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor, Dr. Mohd Famey bin Yusoff telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa EIA-TRC bertujuan membincangkan laporan penilaian kesan kepada alam sekeliling (Environmental Impact Assessment, EIA) bagi sebuah projek di Daerah Batu Pahat, Johor.
Mesyuarat turut dihadiri oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan, En. Badlishah bin Ahmad, pegawai-pegawai Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor serta agensi/jabatan kerajaan yang berkaitan.