Penerangan
Kuala Lumpur, 17 Januari 2023 – Pasukan Penguatkuasaaan Projek EIA Jabatan Alam Sekitar, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JASWPKL) telah menghadiri mesyuarat kemajuan kerja dan lawatan penguatkuasaan ke salah satu tapak projek pembinaan di Kuala Lumpur.
Lawatan yang turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah JASWPKL ini diadakan bagi memastikan penggerak projek sentiasa mematuhi semua syarat-syarat EIA yang telah diluluskan.
Semua penggerak projek juga diingatkan untuk sentiasa mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya pada sepanjang masa.
Sebarang ketidakpatuhan akan diambil tindakan tegas dan sewajarnya.