PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

OPS UJI (GERAK) JABATAN ALAM SEKITAR WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR (JAS WPKL) DAN JABATAN SIASATAN DAN PENGUATKUASAAN TRAFIK KUALA LUMPUR (JSPTKL)

DOE WP Kuala Lumpur 25/01/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPS UJI (GERAK) JABATAN ALAM SEKITAR WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR (JAS WPKL) DAN JABATAN SIASATAN DAN PENGUATKUASAAN TRAFIK KUALA LUMPUR (JSPTKL)
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
25/01/2023
Organisasi
DOE WP Kuala Lumpur

Penerangan

12 Januari 2023, Kuala Lumpur – JAS WPKL telah menjalankan Ops Uji (Gerak) secara bersepadu bersama JSPT Kuala Lumpur di dataran JSPT, Jalan Tun H.S. Lee, Kuala Lumpur. JAS WPKL telah bekerjasama dengan pihak JSPT bagi menguji motorsikal yang telah disita oleh pihak polis bagi kesalahan pengubahsuai ekzos dan bunyi bising di persekitaran Bandaraya Kuala Lumpur pada hujung minggu yang lepas. Sebanyak 15 buah motorsikal telah diuji meter dan 15 kompaun telah ditawarkan dibawah Peraturan 4, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Bunyi Bising Kenderaan Motor) 1987 kerana melepaskan bunyi bising melebihi 95 dB(A) yang membawa kepada denda RM 300.00 bagi setiap kompaun serta 15 Notis Arahan di bawah Seksyen 48A, AKAS 1974, yang mengkehendaki pemilik motorsikal membuat pengubahan kepada ekzos asal dan hadir untuk ujian semula dalam tempoh masa yang ditetapkan. Operasi ini telah melibatkan seramai tujuh pegawai dari JAS WPKL.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan