Penerangan
13-14 Januari 2023, Kuala Lumpur – JASWPKL telah menjalankan Operasi Gerak Bersepadu (Ops Gerak) bersama JSPTKL bermula jam 10.00 malam hingga jam 1.30 pagi bertempat di Jalan Sultan Ismail dan Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.
Operasi ini melibatkan seramai lapan orang pegawai dari JASWPKL. Penguatkuasaan oleh JASWPKL khusus kepada penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Bunyi Bising Kenderaan Motor) 1987, Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS), 1974.
Dalam operasi ini, JASWPKL telah menjalankan sebanyak 505 ujian visual. Dari jumlah tersebut, sebanyak 26 kenderaan telah diuji dengan menggunakan meter bunyi bising serta sembilan kompaun dan Notis Arahan di bawah Peraturan 4, PPKAS, (Bunyi Bising) 1987 dan Seksyen 48A, AKAS 1974 telah dikeluarkan.