Penerangan
4 Januari 2023 (Khamis), Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang, Sharifah Zakiah bt Syed Sahab mempengerusikan Mesyuarat Environmental Impact Assessment Technical Review Committee (EIATRC) bagi membincangkan Laporan EIA cadangan melombong pasir dasar laut. Mesyuarat membincangkan keadaan semasa tapak, potensi kesan yang dijangka akan diterima serta langkah-langkah kawalannya. Cadangan melombong pasir ini bagi tujuan membekalkan pasir untuk pasaran tempatan.