PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

OPERASI OPS GEMPUR JAS NEGERI PERLIS BIL. 1/2023

DOE Perlis 25/01/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPERASI OPS GEMPUR JAS NEGERI PERLIS BIL. 1/2023
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
25/01/2023
Organisasi
DOE Perlis
Lokasi
Perlis

Penerangan

KANGAR, 17 JAN 2023 - Pasukan Unit Punca Tetap Jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis telah mengadakan Operasi Ops Gempur pada 11 Jan 2023 sehingga 13 Jan 2023 ke atas premis-premis di negeri Perlis. Operasi Ops Gempur pada kali ini bertumpu kepada penguatkuasaan ke atas beberapa premis loji kumbahan dan premis yang sering menerima aduan. Seramai empat (4) pegawai penguatkuasa yang terdiri daripada dua (2) pasukan penguatkuasa terlibat dalam operasi ini. Operasi kali ini telah berjaya membuat pemeriksaan ke atas lapan ( buah premis dan hasil tindakan penguatkuasaan yang diambil terhadap premis adalah arahan lapangan sebanyak tujuh (7), dua (2) notis arahan, empat (4) kompaun, dan satu (1) penahanan operasi kelengkapan . Jas Negeri Perlis komited memastikan agar setiap premis sentiasa mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya dan sebarang ketidakpatuhan oleh pihak premis akan diambil tindakan tegas dengan sewajarnya. Dengan pelaksanaan Ops Gempur ini dan tindakan penguatkuasaan yang telah diambil diharapkan dapat meningkatkan pematuhan kendiri oleh semua pihak khususnya industri supaya operasi di premis mereka adalah sentiasa mengikut kehendak perundangan dan memastikan kepentingan alam sekitar diberi perhatian serius oleh pihak-pihak yang berkenaan. Siri penguatkuasaan akan terus dijalankan dari masa ke semasa. # nrecc #JabatanAlamSekitar #JASPerlis #alamsekitartanggungjawabbersama #jasperlis_jan2023

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan