15 Januari 2023, KANGAR – Pasukan pemantauan pencemaran Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Perlis telah menjalankan pemantauan secara berterusan bagi mencegah pencemaran termasuk pembakaran terbuka dan pencemaran air.
Pemantauan difokuskan di kawasan yang berisiko berlakunya pencemaran.
Hasil pemantauan, tiada aktiviti pembakaran terbuka dikesan semasa siasatan dijalankan. Tindakan undang-undang di bawah Seksyen 29A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 boleh dikenakan bagi kesalahan melakukan pembakaran terbuka iaitu kompaun tidak melebihi RM2,000.00 bagi setiap longgokan kebakaran dan denda tidak melebihi RM500, 000.00 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya. Orang ramai adalah diingatkan supaya tidak melakukan pembakaran terbuka semasa cuaca kering ini.
Di samping itu, pemantauan turut dijalankan di kawasan industri dan tidak mengesan sebarang pencemaran yang boleh menimbulkan masalah kepada orang awam dan alam sekitar.
Jabatan ini menyeru orang ramai supaya tampil membuat sebarang aduan berkaitan kes-kes pencemaran alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke
[email protected] atau ke portal aduan https://eaduan.doe.gov.my
#nrecc
#jabatanalamsekitar
#jasperlis
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jasperlis_jan2023