Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- Sesi Perkongsian Maklumat Berkaitan Alatan Persampelan Kualiti Air Tanah
- Tahun
- 2023
- Tarikh Keluaran
- 25/01/2023
- Organisasi
- DOE WP Putrajaya
Penerangan
Pengawasan kualiti air tanah di JAS dilaksanakan sejak tahun 1997 oleh JAS Negeri di 120 stesen di seluruh negara. Pembinaan stesen air tanah ini adalah bertujuan untuk memantau kualiti air tanah berasaskan guna tanah sesuatu kawasan. Pengawasan ini dilaksanakan melalui persampelan kualiti air tanah di mana 7 sampel utama akan diambil mengikut kumpulan parameter seperti Heavy Metal, Phenolic dan lain-lain
Oleh yang demikian sepanjang program ini dilaksanakan, terdapat beberapa fasa penambahbaikan yg telah dilaksanakan iaitu dari pam manual ke hydrolift pump dan ini disediakan untuk memudahkan pegawai-pegawai Jabatan Alam Sekitar di lapangan.
Suatu sesi perkongsian maklumat secara fizikal dan online telah diadakan yang dihadiri oleh pegawai-pegawai di Ibu Pejabat dan JAS negeri pada 04 Januari 2023 bertempat di Jabatan Alam Sekitar Ibu Pejabat. Sesi perkongsian ini diadakan bagi mengenal pasti penggunaan peralatan lain yg bersesuaian untuk digunakan oleh pegawai-pegawai Jabatan Alam Sekitar semasa menjalankan persampelan kualiti air tanah di lapangan.