Penerangan
09 Januari 2023 , MELAKA - JAS Melaka telah menjalankan persampelan air tanah di tiga buah stesen air tanah di Negeri Melaka. Stesen yang terlibat adalah stesen air tanah di Loji Penapisan Petronas Sungai Udang, stesen di Tapak Pelupusan Sampah Sg. Udang dan stesen air tanah di di Pusat Kecemerlangan Bahan Berbahaya, Jabatan Alam Sekitar di Taboh Naning.
Sampel-sampel bakteria di hantar ke Jabatan Kimia Melaka dan selebihnya di hantar ke Jabatan Kimia Petaling Jaya. Hasil analisa kimia air tanah diukur mengikut standard Indeks Kualiti Air Tanah (IKAT).