PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel

CERAMAH ENVIRONMENTAL IMPACT ASSESSMENT (EIA) ANJURAN MAHASISWA SARJANA MUDA SAINS TEKNOLOGI MARIN, FAKULTI SAINS GUNAAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN PERLIS

DOE Perlis 25/01/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
CERAMAH ENVIRONMENTAL IMPACT ASSESSMENT (EIA) ANJURAN MAHASISWA SARJANA MUDA SAINS TEKNOLOGI MARIN, FAKULTI SAINS GUNAAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN PERLIS
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
25/01/2023
Organisasi
DOE Perlis
Lokasi
Perlis

Penerangan

ARAU, 11 Januari 2023 – Mahasiswa Sarjana Muda Sains Teknologi Marin, Fakulti Sains Gunaan, Universiti Teknologi Mara Cawangan Perlis telah menganjurkan program MARTECH Industrial Talk With Department Of Environment Perlis. Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Perlis telah dijemput untuk memberikan ceramah berkenaan perundangan, pelaksanaan dan cabaran pegawai-pegawai di JAS dalam menguatkuasakan Akta Kualiti Alam Sekeling 1974 amnya serta keperluan-keperluan berkaitan Environmental Impact Assessment (EIA) di Malaysia. Ceramah disampaikan oleh Penolong Pengarah JAS Perlis, Puan Norasmah binti Ab Rani kepada 30 mahasiswa dan kakitangan UiTM Cawangan Perlis yang turut serta. Program ini merupakan jalinan dan kerjasama UiTM Cawangan Perlis dan JAS dalam memberikan pendedahan dan pengetahuan berkaitan bidang kuasa JAS kepada mahasiswa program tersebut. Setinggi penghargaan kepada UiTM Cawangan Perlis atas jalinan kerjasama yang diberikan. Program ini juga turut menarik lebih ramai warga universiti yang mendaftar sebagai ahli Rakan Alam Sekitar. Diharapkan program ini akan melahirkan warga universiti yang beriltizam tinggi membudayakan amalan melestarikan alam sekitar agar ianya terus terpelihara dan dipulihara. JAS Perlis akan sentiasa menyalurkan informasi terkini berkenaan kesedaran alam sekitar kepada semua peringkat lapisan masyarat di Negeri Perlis serta menyokong usaha pelbagai pihak dalam menjalankan program pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. #nrecc #jabatanalamsekitar #jasperlis #alamsekitartanggungjawabbersama #jasperlis_jan2023

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan