12 Januari 2023, MELAKA - Sebuah premis pembuatan tekstil dan fabrik, Recron (Malaysia) Sdn. Bhd. telah disabitkan kesalahan di Mahkamah Sesyen, Melaka pada 11 Januari 2023.
Pihak premis didapati melepaskan efluen melebihi had piawai yang ditetapkan di bawah Peraturan 11(1)(b), Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian), 2009, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127).
Pihak premis telah mengaku salah ke atas tiga (3) pertuduhan di bawah Per. 11(1) (b) Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian), 2009, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127) dan dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM 30,000.00.
Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka tidak akan berkompromi terhadap penjenayah yang melakukan sebarang jenis pencemaran alam sekitar. Sebarang aduan boleh hubungi di talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke
[email protected] atau ke portal aduan https://eaduan.doe.gov.my/eaduan/index.php.
#KementerianSumberAsliAlamSekitarDanPerubahanIklim
#JabatanAlamSekitar
#jasnegerimelaka
#AlamSekitarTanggungjawabBersama