PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS

CERAMAH PENGURUSAN E-WASTE DI PROGRAM MINGGU KITAR SEMULA ANJURAN MAHASISWA SARJANA PENTADBIRAN PERNIAGAAN (MBA) PUSAT PENGAJIAN SISWAZAH PERNIAGAAN (UKM-GSB)

DOE Selangor 25/01/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
CERAMAH PENGURUSAN E-WASTE DI PROGRAM MINGGU KITAR SEMULA ANJURAN MAHASISWA SARJANA PENTADBIRAN PERNIAGAAN (MBA) PUSAT PENGAJIAN SISWAZAH PERNIAGAAN (UKM-GSB)
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
25/01/2023
Organisasi
DOE Selangor

Penerangan

Bukit Beruntung, 9 Januari 2023- Bersempena Minggu Kitar Semula Anjuran Mahasiswa Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan (UKM-GSB), Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor telah dijemput untuk memberi ceramah berkenaan pengurusan e-waste di kalangan pelajar sekolah di Sekolah Kebangsaan Bukit Beruntung 2. Program yang melibatkan lebih 200 orang pelajar tahun 6 ini merupakan usaha dan komitmen pihak sekolah, UKM-GSB dan JAS untuk memberikan kesedaran kepada orang awam bagi memastikan pengurusan e-waste diuruskan dengan kaedah yang betul. JAS Selangor akan sentiasa menyalurkan informasi dan maklumat terkini berkenaan kesedaran alam sekitar kepada orang awam di negeri ini serta menyokong usaha pelbagai pihak dalam menjalankan program pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan