Penerangan
Shah Alam, 10 - 11 Januari 2023 –
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor telah mengadakan sesi taklimat dan hands on penggunaan aplikasi myPremis bagi Permohonan Pembaharuan Lesen Premis dan Pembawa Yang Ditetapkan - Buangan Terjadual Tahun 2023/2024. Sistem myPremis telah dibangunkan oleh Jabatan Alam Sekitar bagi menggantikan Business Licensing Electronic Supporting System (BLESS) yang mengandungi modul bagi pembaharuan Lesen Premis Dan Pembawa Yang Ditetapkan Buangan Terjadual di bawah Seksyen 18, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Memandangkan sistem myPremis merupakan sistem yang baharu, Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor telah mengambil inisiatif bagi mengadakan sesi hands on ini bagi memastikan proses permohonan pembaharuan Lesen dapat dijalankan secara lancar dan teratur. Sejumlah 152 orang wakil premis telah hadir untuk sesi hands on ini.