PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel

PROGRAM SUNSHINE CLEAN UP BEACH : PANTAI KURUNG TENGAR, PERLIS

DOE Perlis 25/01/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM SUNSHINE CLEAN UP BEACH : PANTAI KURUNG TENGAR, PERLIS
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
25/01/2023
Organisasi
DOE Perlis
Lokasi
Perlis

Penerangan

6 Januari 2023, Kangar - Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menjemput Jabatan Alam Sekitar Perlis untuk berkolaborasi bersama bagi menjayakan program Sunshine Clean Up Beach : Pantai Kurung Tengar, Perlis. Aktiviti utama program ini adalah aktiviti kutip sampah sambil beriadah (KUDAH) bagi membersihkan kawasan Pantai Kurung Tengar, Kuala Perlis, Perlis. Program ini disertai oleh seramai 36 orang pelajar UUM yang terdiri daripada pelajar tempatan dan pelajar luar negara. Program ini turut disertai oleh SWCorp Perlis & Environment Idaman Perlis. Aktiviti beriadah seperti ini dapat memberi pendedahan mengenai kepentingan menjaga pantai dan memupuk semangat mencintai alam sekitar dikalangan generasi muda. Setinggi penghargaan kepada Universiti Utara Malaysia (UUM) atas jalinan kerjasama yang diberikan. #nrecc #jabatanalamsekitar #jasperlis #alamsekitartanggungjawabbersama #jasperlis_jan2023

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan