PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS

AKTIVITI PAMERAN DAN KESEDARAN ALAM SEKITAR DI UITM SEREMBAN 3 SEMPENA SDG DAY AND EXHIBITION

DOE Negeri Sembilan 11/01/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
AKTIVITI PAMERAN DAN KESEDARAN ALAM SEKITAR DI UITM SEREMBAN 3 SEMPENA SDG DAY AND EXHIBITION
Tahun
2022|2023
Tarikh Keluaran
11/01/2023
Organisasi
DOE Negeri Sembilan

Penerangan

AKTIVITI PAMERAN DAN KESEDARAN ALAM SEKITAR DI UITM SEREMBAN 3 SEMPENA SDG DAY AND EXHIBITION 9 JANUARI 2023, Seremban - Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan telah dijemput mengadakan pameran SDG Day and Exhibition (DEx) 2023 oleh Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi (FSPPP) UITM, Seremban 3 bagi memberi kesedaran terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Dr. Zarina Bte Mohd Zain (Timbalan Dekan Hal Ehwal Akademik Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi) Aktiviti pameran memfokuskan kempen pengumpulan Buangan Elektrik dan Elektronik (BEE) di kalangan warga Universiti dalam mengitar semula Buangan Elektrik dan Elektronik (BEE) dengan betul dan mengikut kaedah yang ditetapkan. Pameran ini juga turut menarik lebih ramai warga universiti untuk mendaftar sebagai ahli Rakan Alam Sekitar. Diharapkan program ini akan melahirkan keazaman dan semangat kepada warga Universiti untuk membudayakan amalan melestarikan alam sekitar agar ianya terus terpelihara dan dipulihara.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan