PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

OPERASI BERSEPADU 'OPS GERAK' PEMERIKSAAN KENDERAAN BERMOTOR NEGERI PAHANG

DOE Pahang 11/01/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPERASI BERSEPADU 'OPS GERAK' PEMERIKSAAN KENDERAAN BERMOTOR NEGERI PAHANG
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
11/01/2023
Organisasi
DOE Pahang
Lokasi
Pahang

Penerangan

MARAN, 9 JANUARI 2023 - JAS Negeri Pahang telah menjalankan Operasi Bersepadu 'Ops Gerak' Pemeriksaan Kenderaan Bermotor di Luit, Maran bersama-sama IPD Maran. Seramai Lapan ( 8 ) anggota penguatkuasa JAS Negeri Pahang telah membuat pemeriksaan sebanyak 95 buah kenderaan khususnya berenjin diesel, petrol dan bunyi bagi memastikan pengguna jalan raya sentiasa mematuhi undang-undang yang ditetapkan. Mana- mana kenderaan yang didapati telah melanggar undang-undang yang ditetapkan boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Orang ramai diingatkan supaya memastikan kenderaan sentiasa dalam keadaan baik dan tidak mencemarkan alam sekitar.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan