Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- Mesyuarat Membincangkan Isu-Isu myPremis
- Tahun
- 2023
- Tarikh Keluaran
- 11/01/2023
- Organisasi
- DOE WP Putrajaya
Penerangan
6 Januari 2023 - Satu mesyuarat secara atas talian telah diadakan oleh Bahagian Bahan Bahan Berbahaya dan Bahagian Teknologi Maklumat bagi membincangkan isu-isu berkaitan dengan penggunaan sistem myPremis oleh Industri yang dilesenkan oleh Jabatan Alam Sekitar.
Sistem myPremis adalah sistem yang digunapakai oleh premis-premis yang dilesenkan oleh Jabatan bagi permohonan baru atau memperbaharui lesen alam sekitar secara atas talian. Sistem ini memudahkan pengguna sistem untuk membuat permohonan dan memudahkan pegawai Jabatan Alam Sekitar untuk memproses permohonan tersebut.