Penerangan
KUALA TERENGGANU, 4 JANUARI 2022: Pengarah Jabatan alam Sekitar Negeri Terengganu, YBrs. Encik Ramli bin Abd. Rahman, telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akuan Bil. 4/2022.
Hadir sama, Timbalan Pengarah Encik Zakaria bin Ahmad @ Mohd, Ketua Penolong Pengarah Pembangunan, Encik Mohd Norli bin Abdullah dan Ketua Cawangan Kemaman, Encik Wan Azuan bin Wan Omar bersama-sama pegawai-pegawai yang terlibat dalam pengurusan kewangan Jabatan.
Tujuan mesyuarat ini adalah bagi membincangkan isu-isu pengurusan kewangan dan akaun, memantau prestasi perbelanjaan dan memastikan pengurusan kewangan dan akuan Jabatan mengikut prosedur atau tatacara yang ditetapkan.