Penerangan
KUANTAN, 1 JANUARI 2023 - Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang menjalankan Operasi Bersepadu Ambang Tahun Baru Kenderaan Bermotor (Ops Gerak) bersama-sama Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPK Negeri Pahang, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di Jalan Kuantan-Gambang.
Dengan kekuatan seramai enam (6) anggota penguatkuasa JAS Negeri Pahang, sebanyak 110 buah kenderaan terdiri daripada kereta, lori serta motosikal diperiksa dan beberapa buah kenderaan daripadanya telah diberikan notis dan kompaun setelah diuji meter bagi memantau pematuhan terhadap pencemaran udara daripada kenderaan khususnya pencemaran asap dan bunyi bising.
Orang ramai diingatkan supaya sentiasa memastikan kenderaan dalam keadaan baik dan mematuhi undang-undang di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 bagi mengelakkan tindakan tersebut.