Penerangan
SUNGAI PETANI, 29 September 2022 – Sepasukan penguatkuasa JAS Kedah telah bergegas ke Km103, Lebuhraya Utara-Selatan apabila mendapat makluman daripada petugas PLUS berkaitan lori kontena bermuatan lateks yang terbakar. Pihak Bomba berjaya memadam kebakaran tersebut namun Kejadian ini menyebabkan berlakunya tumpahan lateks ke longkang-longkang berhampiran. Pihak JAS dibantu oleh petugas PLUS berusaha meminimumkan pengaliran lateks yang memasuki sungai berhamiran. Penguatkuasa JAS Kedah sentiasa memantau tumpahan lateks tersebut dari semasa ke semasa serta melantik kontraktor yang berkepakaran untuk membuat pembersihan terhadap lateks yang tumpah. Kontraktor yang dilantik telah berjaya membuat pembersihan tumpahan lateks dalam masa tiga hari.
#KementerianSumberAsliAlamSekitardanPerubahanIklim
#JabatanAlamSekitarKedah
#AlamSekitarTanggungjawabBersama