PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Sesi Libat Urus

PROGRAM BENGKEL BERSAMA PIHAK BERKEPENTINGAN PERKHIDMATAN PERUNDING UNTUK KAJIAN PELAN INDUK BAGI RANCANGAN TEBATAN BANJIR SUNGAI BANDAU, KOTA MARUDU, SABAH

DOE Sabah 30/12/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM BENGKEL BERSAMA PIHAK BERKEPENTINGAN PERKHIDMATAN PERUNDING UNTUK KAJIAN PELAN INDUK BAGI RANCANGAN TEBATAN BANJIR SUNGAI BANDAU, KOTA MARUDU, SABAH
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
30/12/2022
Organisasi
DOE Sabah
Lokasi
Sabah>KOTA KINABALU

Penerangan

PROGRAM BENGKEL BERSAMA PIHAK BERKEPENTINGAN PERKHIDMATAN PERUNDING UNTUK KAJIAN PELAN INDUK BAGI RANCANGAN TEBATAN BANJIR SUNGAI BANDAU, KOTA MARUDU, SABAH ?? ?? Tarikh: 22 Disember 2022 (Khamis) ? Masa: 9.00 Pagi - 2.00 Petang ?? Tempat: Space 8 Event Space, Aeropod Commercial Square, KK ??????? Kehadiran JAS Sabah: PP FM ?? Ringkasan Output Sesi Engagement: ?? Kerajaan Malaysia melalui Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) sedang melaksanakan Kajian Pelan Induk bagi Rancangan Tebatan Banjir Sungai Bandau, Kota Marudu, Sabah. ?? Syarikat Alamega Konsult telah dilantik sebagai jurutera perunding bagi melaksanakan kajian ini bermula pada 5 Januari 2022 sehingga 5 Januari 2023. ?? Objektif kajian ini ialah bagi mengenalpasti penyelesaian jangka pendek dan jangka panjang serta pelan penyelesaian menyeluruh untuk menangani isu kejadian banjir di sepanjang Sungai Bandau, Kota Marudu. ?? Status terkini kajian telah berada di peringkat akhir dimana hasil kajian iaitu sebanyak tujuh (7) option pelan tebatan banjir yang dicadangkan oleh perunding dengan option 2(a) menjadi pilihan yang disyorkan oleh JPS. Sesi bersama pemegang taruh ini diadakan bagi mendapatkan maklumbalas dan pandangan berhubung hasil kajian dan option pelan tebatan banjir yang dicadangkan berkenaan. ??Wakil JAS Sabah menyokong option 2(a) yang disyorkan JPS kerana option berkenaan mendapat skor yg tinggi berdasarkan matriks rekabentuk bagi aspek impak alam sekitar. Bengkel juga dimaklumkan komponen & rekabentuk tebatan banjir yang dicadangkan dalam option 2(a) tidak melibatkan keperluan EIA di bawah JAS.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan