Penerangan
Program Kesedaran dan Sesi Libat Urus bersama Pelabur/Pengusaha Kilang IZ13 dan IZ15 di Kota Kinabalu Industrial Park
20 Disember 2022, KKIP - Program ini telah dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Perlindungan Alam Sekitar dan KKIP Sdn. Bhd bertempat di KKIP Aerospace Training Centre. ??????
Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada pengusaha kilang/pelabur mengenai kepentingan perlindungan alam sekitar bagi mengelakkan isu-isu alam sekitar daripada berlaku dan memastikan alam sekitar di kawasan KKIP sentiasa terpelihara.
Program ini telah dirasmikan oleh Puan Mary Isidore Malangking, Timbalan Setiausaha Tetap I mewakili Yang Berbahagia Datuk Sr. haji Mohd Yusrie Abdullah, Setiausaha Tetap, Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah.
5 penyampaian pocket talk berkaitan perundangan yang berkaitan alam sekitar daripada beberapa Jabatan iaitu Jabatan Perlindungan Alam Sekitar, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Perkhidmatan Pembentungan Sabah, Jabatan Pengairan dan Saliran, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu telah disampaikan.
PP Joannes Jomitol telah mewakili Pengarah JAS Sabah sebagai tetamu jemputan dan juga ?? menyampaikan Pocket Talk Perundangan AKAS 1974 dan sebagai Ahli Panel semasa Sesi Kupi Kupi
???????? JAS Sabah juga telah menyertai pameran semasa program tersebut dengan mempamerkan info2 serta alat Multi Gas Detector CEREX, GRIMM & Alat In Situ YSI DSS Pro