Penerangan
Sesi Menandatangi MOU Kerjasama JPAS dan KKIP
?? Tarikh: 15 Disember 2022 (Khami)
? Masa: 9.30 - 13.00 Tengah hari
?? Tempat: Bilik Mesyuarat KKIP.
??????????? Kehadiran JAS Sabah: TP JR
?? Ringkasan Alu-aluan CEO KKIP:
?? KKIP banyak menyumbang dari segi ekonomi kpd negara dan negeri Sabah melalui kutipan cukai pendapatan, kutipan hasil cukai oleh DBKK dan cukai-cukai lain yang dikenakan oleh agensi-agensi negeri.
?? KKIP juga menyediakan peluang pekerjaan khususnya kpd rakyat Sabah. Kewujudan lebih kurang 200 kilang / industri di KKIP telah mewujudkan sekitar 10,000 pekerjaan di negeri Sabah.
??Disamping menyumbang dari sehi ekonomi, KKIP juga sangat komited untuk bersama agensi negeri dan persekutuan seperti JAS dan JPAS dalam menjaga alam sekitar. Oleh itu MOU kerjasama di antara KKIP dan JPAS ini merupakan inisiatif yg sangat disokong dan dipersetujui oleh Lembaga Pengarah KKIP.
?? Sebelum Sesi Menandatangani MOU, aktiviti seterusnya adalah mesyuarat ke-dua JPAS-JAS-KKIP berkaitan pelaksanaan kerjasama berkaitan isu alam sekitar dan ringkasan intipati utama mesyuarat spt berikut:
?? Sebanyak 4 program kerjasama dicadangkan dalam mesyuarat pertama telah dipersetujui dalam mesyuarat ke-dua ini iaitu:
a) Program kesedaran dan libat urus pelabur / kilang di IZ 13 dan IZ 15 pada 20 Dec 2022;
b) Program kesedaran / sungai angkat Sungai Telipok;
c) Program kesedaran penanaman pokok bakau di kwsn Mangkabong;
d) Program kesedaran dan pendidikan dengan sekolah-sekolah di kawasan KKIP.
?? Pihak KKIP memaklumkan bahawa Lembaga Pengarah KKIP juga bersetuju dgn program yg dicadangkan tersebut.
?? JAS Sabah sangat menyokong dan akan terlibat dalan program yang akan dilaksanakan oleh KKIP dan JPAS ini. JAS Sabah jg mencadangkan program ini boleh digunakan sebagai platform untuk menangani persepsi negatif penduduk kpg e.g. penduduk di sekitar Sg Lengkibing terhadap KKIP dan industri di dalam KKIP.
??JAS juga sgt bersetuju dgn Pgh JPAS bahawa program ini juga merupakan satu kaedah pemantauan oleh agensi penguatkuasa ke atas industri-industri di kwsn KKIP.
?? Sesi diteruskan dengan sesi Menandatangani MOU JPAS-KKIP.
??Seterusnya sesi diteruskan dengan lawatan ke lokasi KKIP Aerospace iaitu lokasi untuk Program Kesedaran dan Libat Urus bersama Pelabur / Industri di IZ 13 & IZ 15 pada 20hb Dec 2022.