Penerangan
PASIR GUDANG, 15 Disember 2022 – JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI JOHOR telah menjalankan satu lawatan tapak EIA bagi cadangan projek yang tertaluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan)(Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 2015 iaitu aktiviti 6(a): Industri Kimia.
Lawatan tapak ini turut dihadiri oleh pihak perunding dan penggerak projek.
Tujuan lawatan ke tapak ini diadakan adalah untuk melihat alam sekitar sedia ada dan keadaan semasa di tapak cadangan projek tersebut bagi tujuan verifikasi tapak dan pemprosesan laporan EIA.