PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel

Seminar Prosedur Baharu Kawalan Pengeluaran dan Pengimportan Peralatan yang Menggunakan Bahan Refrigeran Berasaskan Hydrochlorofluorocarbon (HCFC)

DOE WP Putrajaya 30/12/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Seminar Prosedur Baharu Kawalan Pengeluaran dan Pengimportan Peralatan yang Menggunakan Bahan Refrigeran Berasaskan Hydrochlorofluorocarbon (HCFC)
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
30/12/2022
Organisasi
DOE WP Putrajaya

Penerangan

Seminar ini dianjurkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) dengan kerjasama Suruhanjaya Tenaga, Malaysia (ST) bertujuan untuk memaklumkan pihak berkepentingan mengenai kawalan pengeluaran dan pengimportan peralatan yang berasaskan HCFC melalui inisiatif integrasi sistem e-permit JAS dan e-kelengkapan ST yang akan berkuatkuasa pada 1 Disember 2022 bagi memenuhi obligasi di bawah Protokol Montreal. Puan Mashitah Darus, Pengarah Bahagian Udara, Jabatan Alam Sekitar Malaysia telah menyempurnakan program ini. Pelbagai perkongsian maklumat mengenai pelaksanaan Pelan Pengurusan Penghapusan Hidroklorofluorokarbon (HPMP) di Malaysia, keperluan kawal selia kelengkapan elektrik yang menggunakan refrigeran dan tutorial (walk-through) bagi penggunaan integrasi sistem e-permit baru telah diadakan oleh wakil JAS, ST dan Dagang Net. Seramai lebih kurang 100 peserta daripada pengimport, industri dan agensi kerajaan telah menghadiri seminar ini. Tarikh : 17 November 2022 Masa : 8.00 Pagi Tempat : Hotel Pulse Grande, Putrajaya

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan