PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS

SAMBUTAN PERASMIAN HARI OZON SEDUNIA

DOE WP Putrajaya 30/12/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SAMBUTAN PERASMIAN HARI OZON SEDUNIA
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
30/12/2022
Organisasi
DOE WP Putrajaya

Penerangan

Malaysia telah meratifikasi dan menjadi Parti kepada Protokol Monteal mengenai Bahan Pemusnah Ozon pada 29 Ogos 1989. Malaysia telah menghapuskan penggunaan bahan pemusnah ozon generasi pertama seperti Chlorofluorocarbon (CFC), Halon, dan Karbon Tetraklorida pada tahun 2010. Pada tahun 2012, Malaysia telah melaksanakan pelan penghapusan Hydrochlorofluorocarbon (HCFC) yang merupakan bahan pemusnah ozon generasi kedua dan pelan ini dijangkakan berakhir pada tahun 2040. Bersempena dengan Persidangan Protokol Montreal yang pertama yang telah diadakan pada 16 September 1987, Hari Ozon Sedunia telah diisytiharkan pada 16 September oleh Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 1994. Setiap tahun, Hari Ozon Sedunia disambut oleh negara-negara Parti kepada Protokol Montreal Mengenai Bahan Pemusnah Ozon dengan mengadakan aktiviti-aktiviti bagi meningkatkan kesedaran tentang perlindungan lapisan ozon. Bagi tahun 2022, tema Sambutan Hari Ozon Sedunia yang telah diumumkan oleh pihak Sekreteriat Ozon ialah Montreal Protocol@35: Global Cooperation Protecting Life on Earth. Tema ini menunjukkan sembangan Protokol Montreal dalam melindungi lapisan ozon dan menangani perubahan iklim serta keperluan kolaborasi dan Kerjasama global untuk sama-sama menangani perubahan iklim dan melindungi semua kehidupan di atas bumi untuk kepentingan generasi akan datang. Sambutan Hari Sedunia 2022 Peringkat Kebangsaan merupakan Kerjasama antara Bahagian Udara, Jabatan Alam Sekitar Putrajaya dan Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor. Majlis sambutan ini dijalankan secara konsep baharu iaitu karnival ria dalam bentuk kesedaran awam meliputi program seperti Fun Walk – Walk for Ozone, Pertandingan Mewarna, Snakes and Ladders Ozone Heroes, Track Ozone Treasure Hunt dan pameran oleh Rakan Strategik Alam Sekitar (RSAS). Majlis sambutan ini telah dirasmikan oleh YB Menteri Alam Sekitar dan Air, Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man di Gamuda Cove. Majlis ini mendapat sambutan yang baik daripada orang awam dimana ianya telah dihadiri oleh 632 peserta. Majlis Sambutan ini sedikit sebanyak dapat memupuk kesedaran dan kepekaan di kalangan orang awam terhadap kepentingan perlindungan lapisan ozon dan melahirkan sikap keprihatinan terhadap perlindungan lapisan ozon. Tarikh : 24 September 2022 Masa : 7.00 Pagi Tempat : Gamuda Cove Experience Gallery, Persiaran Cove Sentral, Bandar Gamuda Cove 42700 Banting, Selangor

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan