PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel

AUDIT KUALITI DALAMAN JAS TAHUN 2022

DOE WP Putrajaya 30/12/2022 1 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
AUDIT KUALITI DALAMAN JAS TAHUN 2022
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
30/12/2022
Organisasi
DOE WP Putrajaya
Lokasi
Putrajaya

Penerangan

JAS memperolehi pensijilan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) di bawah MS ISO 9001:2008 sejak tahun 2010 bagi skop Pemprosesan Laporan EIA dan Penguatkuasaan Syarat – Syarat EIA. Bermula 22 Oktober 2019 sehingga 21 Oktober 2022, JAS telah mendapat pensijilan MS ISO 9001:2015 bagi skop yang sama. Tahun 2022 pula merupakan tahun bagi pensijilan semula MS ISO 9001:2015 yang mana audit pensijilan semula dilaksanakan dengan lebih terperinci oleh Badan Pensijilan Iaitu SIRIM QAS International Sdn. Bhd.   Dalam usaha untuk mengekalkan pensijilan MS ISO 9001:2015 tersebut, Audit Kualiti Dalaman (AKD) bagi Tahun 2022 telah dijalankan pada 15 Ogos 2022 hingga 7 September 2022 yang melibatkan sebelas (11) lokasi iaitu sepuluh (10) JAS Negeri dan JAS Ibu Pejabat termasuk EiMAS. AKD ini dilaksanakan secara menyeluruh dengan tempoh pengauditan dokumen bermula Oktober 2021 sehingga tarikh audit dilaksanakan.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan