PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel

AUDIT SIRIM JAS TAHUN 2022

DOE WP Putrajaya 30/12/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
AUDIT SIRIM JAS TAHUN 2022
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
30/12/2022
Organisasi
DOE WP Putrajaya
Lokasi
Putrajaya

Penerangan

Audit pensijilan semula oleh pihak SIRIM QAS International Sdn. Bhd. telah diadakan pada 5 Oktober 2022 hingga 7 Oktober 2022 yang melibatkan JAS Ibu Pejabat (termasuk EiMAS) dan enam (6) buah JAS Negeri iaitu JAS Pahang, JAS Negeri Pulau Pinang, JAS Negeri Melaka, JAS Negeri Terengganu, JAS Negeri Perlis serta JAS Negeri Sarawak. Audit pensijilan oleh SIRIM QAS International Sdn Bhd tersebut telah diketuai oleh En Mohd Hisyam Bin Mahadi dan dibantu oleh empat (4) pegawai dari agensi yang sama.   Mesyuarat Pembukaan Audit pada 6 Oktober 2022 telah dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Haji Shafe’ee Yasin, Pengarah Bahagian Penguatkuasa JAS Ibu Pejabat manakala Mesyuarat Penutupan Audit pada 7 Oktober 2022 telah dipengerusikan oleh YBrs. Wan Abdul Latiff Bin Wan Jaffar, Ketua Pengarah Alam Sekitar. Berdasarkan audit pensijilan semula tersebut, tiada Laporan Ketakakuran (NCR) dilaporkan dan sebanyak empat (3) peluang penambahbaikan (OFI) diberikan. Peluang-peluang penambahbaikan berkenaan sedang diambil tindakan susulan oleh semua pihak dalam menambahbaik pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 di JAS.   JAS telah berjaya mendapatkan pensijilan semula MS ISO 9001:2015 bagi tempoh 25 Oktober 2022 hingga 21 Oktober 2025 bagi skop Pemprosesan Laporan EIA dan Penguatkuasaan Syarat – Syarat EIA. Ianya merupakan hasil usaha dan komitmen padu yang ditunjukkan oleh semua pihak dan dijangka akan menjadi pemangkin ke arah peningkatan kecemerlangan dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada semua pemegang taruh. JAS juga adalah komited dalam menyampaikan perkhidmatan yang berkualiti ke arah memenuhi kehendak semua pemegang taruh melalui pencapaian objektif kualiti selaras dengan pematuhan undang-undang.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan