Penerangan
14 DISEMBER 2022, WP LABUAN - JAS WP Labuan bersama-sama Perbadanan Labuan dan JPS Labuan telah dijemput untuk menghadiri Program 'Mangrove Planting Project' anjuran Young Professional Club (YPC) WP Labuan.
Program ini diadakan bagi memupuk kesedaran alam sekitar kepada semua selain mengekalkan ekosistem bakau yang mempunyai pelbagai manfaat kepada biodiversiti kita.
Projek ini telah disertai lebih daripada 50 Orang peserta dan sebanyak 200 anak pokok bakau yang telah ditanam pada Rabu.
#JASWPLabuan
#Labuanlestari