Penerangan
03 DISEMBER 2022, WP LABUAN - JAS WP Labuan telah dijemput oleh pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), W.P Labuan untuk memberi perkongsian mengenai e-waste pada Sabtu di Kg. Sungai Labu WP Labuan.
Perkongsian ini telah dikendalikan oleh En. Muhammad Nadzmi dan sesi kuiz telah dijalankan oleh pihak JAS WP Labuan untuk memastikan peserta betul-betul memahami intipati topik yang dikongsi.
Selain itu, pihak KWSP juga telah mengadakan pengumpulan e-waste sepanjang program ini berlangsung. Lebih 5 kilogram e-waste telah dikumpul pada program yang berlangsung pada sabtu.
Turut hadir pada Sabtu adalah En. Gilbert A. Jokula, Ketua Cawangan KWSP WP Labuan serta ahli keluarga kakitangan KWSP dan juga masyarakat Sg. Labu.
#JASWPLabuan
#Labuanlestari