Penerangan
26 NOVEMBER 2022, WP LABUAN - JAS WP Labuan telah menganjurkan program Enviro Hunt Sempena Hari Alam Sekitar Negara Tahun 2022 Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan bertempat di Taman Botani Labuan pada Sabtu.
Program telah dihadiri oleh pelbagai premis di bawah seliaan JAS dan telah mendapat penyertaan yang memberansangkan daripada semua.
Program ini juga telah dibantu oleh pelbagai agensi yang turut bersama JAS WP Labuan menjayakan program ini.
Program ini diadakan bagi memupuk dengan lebih mendalam mengenai kepentingan menjaga alam sekitar di premis serta menambah pengetahuan am mengenai WP Labuan.
#JASWPLabuan
#hasn
#hasn2022
#hasnwplabuan2022
#Labuanlestari