Penerangan
23 NOVEMBER 2022, WP LABUAN - JAS WP Labuan telah menerima lawatan daripada pihak Sabah Shell Petroleum Company Limited (SSPC) yang membentangkan Emergency Response Plan (ERP) bagi tumpahan minyak.
JAS WP Labuan mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian pihak SSPC untuk membentang dan mengambil kira pandangan daripada pihak JAS WP Labuan dalam membincangkan pelan terbaik sekiranya berlaku tumpahan minyak.
JAS WP Labuan terbuka dan menjemput mana-mana syarikat dan agensi di WP Labuan untuk berbincang dan memastikan pencemaran dapat dikurangkan dan menjadikan WP Labuan sebagai salah satu Wilayah Persekutun yang lebih lestari pada masa akan datang.
#JASWPLabuan
#Labuanlestari