Penerangan
01 NOVEMBER 2022, WP LABUAN - JAS WP Labuan telah menerima jemputan pihak Asian Supply Base Sdn Bhd WP Labuan meraikan Hari Alam Sekitar ASB yang telah diadakan di ASB WP Labuan.
Program ini disambut di premis ASB WP Labuan dan terdapat pelbagai acara menarik yang telah dianjurkan seperti pameran daripada pelbagai agensi, sesi ceramah, kuiz Kahoot dan lain-lain lagi.
Sesi ceramah daripada JAS WP Labuan telah dikendalikan oleh En. Muhammad Nadzmi dengan tajuk Pengurusan E-Waste.
Semoga sambutan ini menjadi contoh kepada semua tentang kepentingan pengurusan alam sekitar adalah tanggungjawab bersama.
#JASWPLabuan
#Labuanlestari
#hasnlabuan