Penerangan
13 OKTOBER 2022, WP LABUAN - JAS WP Labuan mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ketua Pengarah Eksekutif Perbadanan Labuan, Tuan Haji Rithuan Bin Haji Mohd. Ismail kerana sudi menerima kunjungan hormat JAS WP Labuan ke pejabat beliau pada Khamis.
Antara isu yang dibincangkan termasuklah pengurusan alam sekitar di Labuan dan memperkukuhkan kerjasama JAS WP Labuan dengan Perbadanan Labuan. JAS WP Labuan juga telah menyampaikan hasrat untuk menjemput beliau bagi merasmikan Sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) Tahun 2022 Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan yang akan diadakan pada 20 Oktober 2022.
#JASWPLabuan
#Labuanlestari