05 OKTOBER 2022, WP LABUAN - JAS WP Labuan berbesar hati kerana telah dijemput oleh pihak Asian Supply Base Sdn Bhd bagi sesi perbincangan Alam Sekitar bersama Syarikat ASB dan syarikat-syarikat penyewa di ASB.
Sesi ini telah disempurnakan oleh Pengarah JAS WP Labuan, Tuan Amir Hamzah Bin Haji Musa dan beliau juga telah menyempurnakan sesi soal jawab bersama tetamu yang hadir dalam sesi ini.
JAS WP Labuan akan sentiasa memastikan pematuhan terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling sentiasa dipatuhi pada setiap masa.
#JASWPLabuan
#Labuanlestari