PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS

PROGRAM JOM PLOGGING DI PANTAI PANCUR HITAM, WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

DOE WP Labuan 29/12/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM JOM PLOGGING DI PANTAI PANCUR HITAM, WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
29/12/2022
Organisasi
DOE WP Labuan
Lokasi
W.P Labuan

Penerangan

01 OKTOBER 2022, WP LABUAN - JAS WP Labuan bersama-sama Masyarakat Pohon Batu telah menyertai Program Jom Plogging yang telah diadakan Deleum Oilfield Services Sdn. Bhd. di Pantai Pancur Hitam Wilayah Persekutuan Labuan pada Sabtu. Seramai 72 peserta telah mengambil bahagian dan sebanyak 231.695 kilogram sisa pepejal dan 13.03 sisa elektrik dan elektronik telah dikumpul semasa program dijalankan sehingga jam 11.30 pagi tersebut. Selain aktiviti 'Plogging', terdapat juga aktiviti Kitar Semula yang telah dianjurkan oleh JAS WP Labuan untuk memberi kesedaran kepada semua mengenai konsep kitar semula yang betul. Di samping itu, JAS WP Labuan telah membuka pendaftaran Rakan Alam Sekitar dan Pameran Alam Sekitar kepada semua peserta yang hadir pada Sabtu dan mendapat sambutan yang mengalakkan daripada peserta yang hadir. Semoga Program ini memberi manfaat dan kesedaran yang besar kepada semua dalam pemuliharaan alam sekitar di Malaysia khususnya. #JASWPLabuan #Labuanlestari