Penerangan
26 SEPTEMBER 2022, WP LABUAN - JAS WP Labuan telah menyampaikan Ceramah Pengurusan Buangan Terjadual dan Latihan "Hands On" eSWIS yang telah disampaikan oleh Puan Gwendolyne Christopher, Timbalan Pengarah JAS WP Labuan pada Isnin di premis Seahorse Offshore Labuan.
Sesi Ceramah pada kali ini menekankan tentang pengurusan Buangan Terjadual seperti yang telah termaktub di dalam Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan penekanan diberikan kepada pengunaan latihan eSWIS untuk memastikan kelancaran maklumat ke sistem JAS.
Selain itu, JAS WP Labuan juga mengadakan pameran kesedaran alam sekitar dan pendaftaran Rakan Alam Sekitar kepada kakitangan Seahorse Offshore yang telah mengikuti sesi pada kali ini.
#JASWPLabuan
#Labuanlestari