Penerangan
10 SEPTEMBER 2022, WP LABUAN - JAS WP Labuan telah menghadiri Program Sambutan Hari Sungai Sedunia Tahun 2022 dan Sambutan 90 Tahun JPS Malaysia peringkat Wilayah Persekutuan Labuan yang telah diadakan di Plaza Berpayung, Kompleks Sukan Air pada Sabtu.
Program yang dikelolakan oleh JPS Labuan telah mendapat sambutan yang mengalakkan daripada pelbagai agensi seperti Perbadanan Labuan, Jabatan Bekalan Air, Wilayah Persekutuan Labuan, Indah Water Konsortium Labuan dan juga Rakan Alam Sekitar WP Labuan dan telah dirasmikan sendiri oleh YB Senator Datuk Haji Bashir Bin Haji Alias, Pengerusi Perbadanan Labuan.
Antara aktiviti yang diadakan pada Sabtu termasuklah Program Pengumpulan E-Waste, Senam Seni, Pameran bagi agensi di bawah Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) serta Kutip Sampah Sambil Riadah (KUDAH).
JAS WP Labuan mengucapkan terima kasih atas jemputan dan tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat.
#JASWPLabuan
#Labuanlestari