PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Kes-kes Alam Sekitar|Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

PREMIS PEMBUATAN KOTAK DIDENDA RM 10,000.00 DI MAHKAMAH SESYEN, MELAKA

DOE Melaka 20/12/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PREMIS PEMBUATAN KOTAK DIDENDA RM 10,000.00 DI MAHKAMAH SESYEN, MELAKA
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
28/12/2022
Organisasi
DOE Melaka

Penerangan

PREMIS PEMBUATAN KOTAK DIDENDA RM 10,000.00 DI MAHKAMAH SESYEN, MELAKA 16 Disember 2022, MELAKA - Sebuah premis pembuatan kotak, KF Paper Products (Melaka) Sdn Bhd telah disabitkan kesalahan di Mahkamah Sesyen, Melaka pada hari ini. Pihak premis didapati gagal mengemukakan suatu Perisytiharan Bertulis sistem kawalan pencemaran udara yang telah memenuhi spesifikasi yang ditentukan oleh Ketua Pengarah Kualiti Alam Sekeliling. Pihak premis telah mengaku salah ke atas pertuduhan di bawah Peraturan 7(5), Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014 dan dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM 10,000.00. Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka tidak akan berkompromi terhadap penjenayah yang melakukan sebarang jenis pencemaran alam sekitar. Sebarang aduan boleh hubungi di talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke [email protected] atau ke portal aduan https://eaduan.doe.gov.my/eaduan/index.php.   #KementerianSumberAsliAlamSekitarDanPerubahanIklim #JabatanAlamSekitar #jasnegerimelaka #AlamSekitarTanggungjawabBersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan