Penerangan
21 Disember 2022, MELAKA - Satu lawatan ke Kilang Koa Denko (M) Sdn Bhd yang diketuai oleh YB Datuk Seri Ab Rauf bin Yusoh, Exco Kanan Perlaburan, Perindustrian, Pembangunan Koperasi dan Usahawan Negeri Melaka bersama-sama agensi persekutuan dan negeri telah diadakan pada hari ini. Bahagian Operasi Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka telah turut serta dalam kunjungan tersebut. Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka terus komited dan menyeru pemain-pemain industri di Negeri Melaka dapat memastikan pematuhan kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 supaya kelestrian alam sekitar dan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara.
#JabatanAlamSekitar
#JasMelaka
#AlamSekitarTanggungjawabBersama
#KementerianSumberAsliAlamSekitarDanPerubahanIklim