22 DISEMBER 2022 , MELAKA - Satu sesi libat urus diantara pihak Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya, SWCorp, penduduk Kampung Sungai Putat dan Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka telah diadakan pada 20 Disember 2022 yang lalu bertempat di Kampung Sungai Putat, Melaka.
Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka berkenaan aduan pembakaran terbuka di lokasi tersebut. Hasil libat urus mencadangkan keperluan penyediaan perkhidmatan kutipan sampah yang teratur dan mencukupi oleh agensi yang berkaitan perlu disediakan bagi mengelakkan penduduk mengambil jalan mudah dengan membakar sampah.
Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka tidak akan berkompromi terhadap penjenayah yang melakukan sebarang jenis pencemaran alam sekitar. Sebarang aduan boleh hubungi di talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke
[email protected] atau ke portal aduan https://eaduan.doe.gov.my/eaduan/index.php.
#JabatanAlamSekitar
#JasMelaka
#AlamSekitarTanggungjawabBersama
#KementerianSumberAsliAlamSekitarDanPerubahanIklim