Penerangan
KUANTAN, 20 Disember 2022 - JAS Negeri Pahang telah menjalankan lawatan tapak EIA bagi cadangan aktiviti pembangunan bercampur di Mukim Penor, Daerah Kuantan, Pahang Darul Makmur.
Tujuan lawatan adalah bagi mendapatkan maklumat yang tepat di tapak cadangan projek mengikut kehendak Seksyen 34A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 sebelum laporan EIA ini boleh diluluskan.
Turut hadir bersama adalah Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Kemajuan Orang Asli, penggerak projek dan perunding alam sekitar.