Penerangan
KUANTAN, 22 Disember 2022 - Kunjungan hormat JAS Negeri Pahang kepada YB Dato' Sri Johari bin Harun, Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang
Wakil JAS Negeri Pahang diketuai oleh Tuan Haji Muhammad Hisyam bin Abdullah Timbalan Pengarah (Pembangunan) hadir bersama Ir. Mohd Nazir bin Mansor Ketua Cawangan JAS Gebeng. Selain daripada memaklumkan YB EXCO berhubung dengan bidangkuasa JAS, pertemuan ini juga turut membincangkan isu - isu semasa alam sekitar seperti pembangunan lestari, penguatkuasaan, program kesedaran dan pemantauan kualiti air serta udara.
Tahniah kepada YB. Dato' Sri Johari bin Harun di atas lantikan tersebut.