Penerangan
7 DISEMBER 2022 – YBrs. Tuan Pengarah En. Rosli bin Osman, Pengarah Bahagian Air dan Marin telah melakukan lawatan kerja bagi melihat keadaan sekeliling kawasan dan stesen persampelan kualiti air sungai yang terdapat di Sungai Ampang, di bawah Lembangan Sungai Klang, Selangor yang merupakan salah satu sungai yang mengalir dalam kawasan Projek River of Life. Objektif lawatan kerja tersebut adalah untuk mengenalpasti punca-punca pencemaran yang terletak di luar bidangkuasa JAS, yang telah memberi impak ketara terhadap Indeks Kualiti Air bagi sungai tersebut.